Saturday 16 May 2009

REFLEKSI DIRI BAGI AKTIVITI-AKTIVITI SEMESTER LEPAS

AKTIVITI SUKAN DAN REKREASI

Dalam aktiviti ini, setiap ahli DPLI UKM 2009 diwajibkan melibatkan diri secara aktif bagi setiap sukan yang dianjurkan, dan ini termasuklah diri saya. Secara amnya, setiap petang kami dikehendaki 'turun padang' dan bersukan. Antara sukan dan permainan yang aktif ialah

~~ futsal,
~~ bola tampar,
~~ sepak takraw, dan
~~ badminton.

Di pertengahan semester pula telah diadakan pertandingan sukan yang melibatkan setiap pelajar DPLI UKM 2009. Sukan yang telah dipertandingkan ialah

~~ futsal, dan
~~ bola tampar.

Refleksi diri saya terhadap aktiviti-aktiviti sukan dan permainan yang disertai..?

Penambahbaikan yang perlu saya fokus ialah

~~ untuk meningkatkan stamina

Matlamat saya adalah untuk

~~ memastikan fizikal mampu menahan aktiviti bersukan dengan lebih lama

Untuk itu, saya akan

~~ kerap bersukan terutama berlari

Bagi memastikan rancangan saya terlaksana, saya akan

~~ menyediakan jadual bersukan yang efektif

Bagi menilai sama ada sasaran stamina saya tercapai atau tidak, saya akan

~~ sediakan senarai semak yang merangkumi faktor masa melawan jarak larian


AKTIVITI KHIDMAT SOSIAL


Dalam aktiviti ini, unit khidmat dan sosial telah menganjurkan lawatan ke Taman Sinar Harapan yang terletak di Kubu Baru, Rawang. Para pelajar DPLI UKM 2009 telah dibahagikan kepada tiga kumpulan yang mana telah melawat ke sana dalam mengikut kumpulan berdasarkan tarikh yang dijadualkan. Saya adalah ahli dalam kumpulan A, yang mana telah melawat Taman Sinar Harapan pada minggu petama.

Refleksi diri saya sepanjang menyertai lawatan ke Taman Sinar Harapan..?

Penambahbaikan yang perlu saya fokus ialah

~~ menyedari nikmat Allah ke atas diri dengan lebih mendekatkan diri kepada-Nya dan dengan lebih mendalami ilmu keagamaan

Matlamat saya adalah untuk

~~ menjadi seorang insan yang sederhana dalam kehidupan harian tanpa melupakan insan lain yang kurang bernasib baik berbanding saya

Untuk itu, saya akan

~~ menggunakan segala peluang yang ada dalam mendalami ilmu dunia dan akhirat
~~ menggunakan nikmat kurniaan Allah dengan baik dan saksama

Bagi memastikan niat ini tidak saya lupakan, saya akan

~~ meminta bantuan rakan-rakan seperjuangan supaya sentiasa menasihati ke arah menjadi insan berguna

Bagi menilai sama ada saya mampu istiqamah atau tidak dalam usaha ini,

~~ saya bergantung ke atas penilaian rakan-rakan yang lain.


AKTIVITI BERSAMA JABATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA

Dalam aktiviti ini, dua sesi pertemuan dengan pegawai-pegawai JPAM telah dirancang. Modul yang dirancang ialah berkenaan 'Rawatan Kecederaan Awal' dan telah dilaksanakan dengan jayanya di dalam dua sesi berkenaan. Saya merupakan jawatankuasa makanan dan minuman di dalam aktviti ini.

Refleksi diri saya sepanjang menyertai aktiviti ini...?

Penambahbaikan yang perlu saya fokus ialah

~~ mendalami ilmu perubatan kecemasan yang asas

Matlamat saya adalah untuk

~~ melengkapkan diri dengan ilmu asas dalam memberi rawatan kecemasan awal sebelum paramedik profesional tiba ke tempat kejadian

Untuk itu, saya perlu

~~ membuat kajian pembacaan yang lebih dengan fokus kepada rawatan asas yang mampu dilaksanakan sekiranya keadaan memerlukan

Bagi memastikan matlamat saya tercapai, saya akan

~~ mengingatkan diri dengan menampal kata-kata motivasi agar sentiasa bersedia bagi menghadapi kebarangkalian keadaan kecemasan yang memerlukan

Bagi menilai sejauh mana kemampuan saya dalam memberikan rawatan kecemasan sekiranya diperlukan, saya akan

~~ menawarkan diri sekiranya bantuan rawatan awal diperlukan walaupun kecederaan yang dihadapi tidak serius

No comments:

Post a Comment