Thursday 14 May 2009

KULIAH 3 - 4 MAY 2009

PENGURUSAN PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN

Terdapat empat jenis perubahan iaitu

1. Perubahan ke arah peningkatan
- perubahan jenis ini menuju ke arah kebaikan
2. Perubahan strategik organisasi
- melibatkan keseluruhan organisasi seperti sekolah
3. Perubahan reaktif
- perubahan akibat desakan atau tindak balas langsung daripada pelanggan dan pihak berkepentingan
4. Perubahan akibat daripada jangkaan
- perubahan ini tidak disebabkan oleh desakan pelanggan tetapi kerana terdapat kesedaran dalam kalangan pengurusan yang perlu diadakan perubahan bagi memastikan organisasi memperolehi kebaikan kompetitif

Perubahan yang dibncangkan adalah berkaitan dengan proses evolusi dan juga proses revolusi..

1. Proses evolusi
- dikatakan sebagai perubahan yang menghasilkan kesan yang sedikit dalam tempoh yang
panjang
- menyebabkan perubahan yang ketara dalam status quo
2. Proses revolusi
- perubahan yang pantas
- perubahan yang akan meninggalkan kesan yang membinasakan

__________________________________________________________

Perubahan adalah multidimensi dan sebarang perubahan yang diambil adalah melibatkan pelbagai pertimbangan demi mengenalpasti semua dimensi yang berkaitan.
__________________________________________________________

Terdapat 6 dimensi yang perlu difahami:

1. Tujuan perubahan
2. Unit perubahan
3. Sifat perubahan
4. Magnitud perubahan
5. Skop perubahan
6. Jangka masa perubahan

Model-model perubahan yang dibincangkan ialah..

1. Model Penggabunggan Roger
2. Model Kanter
3. Model Rand
4. Model ACOT

AKTIVITI 1

Pada kuliah ini juga, kami dikehendaki membentuk kumpulan untuk berbincang dan menjawab 2 soalan berkaitan dengan perubahan:

Ahli Kumpulan:

1. Mohammad Fairus Khazali bin Ismail
2. Elenser Anak Uning

Apakah lapan sebab kenapa orang takut untuk berubah..?

1. Takut gagal
2. Selesa dengan keadaan semasa
3. Tidak peka dengan perubahan global
4. Perubahan tersebut tidak adil kerana ia hanya memberi kebaikan kepada pihak-pihak tertentu sahaja
5. Sikap malas untuk berubah
6. Tidak faham tentang perubahan yang ingin dilakukan walaupun sebenarnya dia ingin berubah
7. Mempunyai kekangan yang membolehkan perubahan sukar dilakukan seperti kewangan, agama dan budaya
8. Berfikiran sempit

Apakah langkah-langkah yang boleh dilaksanakan bagi mengatasi masalah tersebut..?

1. Pihak yang memperkenalkan perubahan hendaklah menjelaskan perubahan yang ingin dilakukan secara terperinci
2. Menyediakan salur bantuan seperti dari segi kewangan untuk mempromosi perubahan
3. Memberi insentif kepada pihak yang awal berubah
4. Memastikan perubahan yang ingin dilakukan mengambil kira semua pelbagai pihak

No comments:

Post a Comment