Thursday, 14 May 2009

KULIAH 4 - 11 MEI 2009

Di dalam kuliah ini, saya telah didedahkan dengan PERBANDINGAN DAN PERBEZAAN DALAM KAJIAN TINDAKAN DARI PERSPEKTIF PENDIDIKAN.

Apa itu tinjauan literatur (literature review)..?

~~ Tinjauan ke atas bahan-bahan literatur seperti buku, jurnal, artikel dll.
~~ Ia dilakukan secara kritikal ke atas poin-poin yang dikemukan dalam literatur tersebut.
~~ Memerlukan kemahiran berfikir aras tinggi seperti membuat banding-beza, menganalisis, menilai dan membuat keputusan.

Apa itu membandingkan dan membezakan dalam konteks ini..?

~~ mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan kepada kriteria seperti ciri-ciri, sifat-sifat, kualiti dan unsur sesuatu objek dan peristiwa
~~ kemahiran ini digunakan apabila:
~~~1. terdapat 2 atau lebih ciri atau kemungkinan
~~~2. membuat pilihan atau keputusan. Langkah penggunaan:
~~~~~a) Perhatikan dan berikan tumpuan kepada 1 atau beberapa ciri kajian tindakan (sampel, setting, prosedur, pengumpulan dan penganalisaan data)
~~~~~b) Kenalpasti ciri kajian tindakan
~~~~~c) Tentukan sama ada kajian tindakan yang lain mempunyai ciri-ciri yang sama
~~~~~d) Nyatakan ciri itu sama/berbeza

Secara amnya, isi kuliah ini dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu:

1. Menganalisis
2. Menilai
3. Membuat kesimpulan
4. Mensintesis

Apa itu menganalisis..?

~~ mengolah maklumat dengan menghuraikannya kepada bahagian yang lebih kecil bagi memahami sesuatu konsep atau peristiwa serta mencari makna yang tersirat
~~ kemahiran ini digunakan untuk mengenali bahagian-bahagian, memahami hubungkait antara bahagian dan mengenali prinsip yang terlibat
~~ merupakan satu konsep yang kompleks menggunakan beberapa ciri kemahiran berfikir

Apa itu menilai..?

~~ membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara daripada segi kebaikan dan kelemahan berdasarkan bukti atau dalil yang sah
~~ kemahiran ini digunakan untuk membuat keputusan bagi:
~~~a) memilih sesuatu
~~~b) menerima atau menolak sesuatu idea

Apa itu membuat kesimpulan..?

~~ membuat pernyataan tentang hasil sesuatu kajian yang berdasarkan kepada sesuatu hipotesis atau mengukuhkan sesuatu perkara berdasarkan penyiasatan
~~ kemahiran ini digunakan untuk membuat keputusan, menerangkan sesuatu, meramal atau menyokong penyataan

Apa itu mensintesis..?

~~ menggabungkan idea, unsur dan perkara yang berasingan untuk menghasilkan gambaran yang menyeluruh dalam bilik pernyataan, esei, lukisan dan artifak
~~ boleh menghasilkan resolusi baru

No comments:

Post a Comment